Tuesday, September 13, 2011

Mukhadimah

Alhamdulillah, segala pujian pujian bagi ALLAH, bersyukurlah kita kepada Nya yang telah memberi nikmat dan hikmatnya untuk kita beribadat kepadanya dengan penuh iklas kerana ALLAH

Saya mula mengembara awal persaraan pada tahun 1998 permulaan ke kepualauan Rio Lingga iaitu pulau-pulau segantang Lada seperti pulau-pulau Bintan, P.Pengengat, P. Daik, P..Penuba,P. Dabok, P. Karimun, P. Kundur P. Bengkalis dan pulau-pulau kecil di sekitar Rio Lingga dan Selat Panjang.

Pada tahun 1999 saya pula mengembara ke Eropah meliputi 10 negara di sekita Eropah Tengah seperti Gaermany, Perancis, Switezeland, Austrian  Itali dan negara Scandanavia seperti Belgium, Belandan , Denmar, Swedwn, Finland dan Norway.

Pada tahun yang sama saya telah pergi ke Pakistan selama dua minggu, meliputi kotaraya Kerachi dan beberapa bandar di Utra Pakistan seperti Peshawar, Islamabad, ke Swift Valley dan terus melepasi Khyber Pass sampai kesempadan Afghanistan.

Saya telah beberapa kali di Indonesia dan seluruhannya dari Aceh hingga ke pulau Timur Barat, Kupang dan ke sempadan Timur Lister. Saya juga berkesempatan melawat Timur Lester. Boleh dikata semua pulau dari Sumatra ke Nusa Tenggara sudah di lawati termasuk pulau Lombao, Sumbawa kecil dan besar, Pulau Flores. dan beberapa pulau di antara Flores dengan pulau Jawa.

Di Kalimantan saya sudah mengelilingi pulau itu dari Kucing, ke Pontianak, Banjamasin, Balik Papan, Samarinda, Tarakan dan terus balik ke Tawau. Saya juga telah samapai kependalaman Kalinmantan iaitu Palangkarya.

Di Pulau Suliwasi saya masuk dari Mamuji di bahagian tengah barat pulau masuk ke Tano Rajah, terus ke Pare Pare dan ku Ujung Pandang, Dengan demikian hampir tiga suku Indonesia talah saya lawati