Wednesday, October 31, 2012



Melawat Negara Brunei Darussalam




Tidak ada penerbangan teruss ke Brunei dari Kuala Lumpur, jadi kami bertiga  Cikgu Azidin, Cikgu Zainuddin dan saya masuk melalui Miri dengan naik kereta menyebarang Sungai Baram dengan ferri.  Kami melalui beberapa buah kampung dan sebuah bandar kecil Kuala Beliat, kampung Seria, Kampung Bukit Bonan, Tutung dan sampai ke Bandar Seri Bagawan




gambar gambar di atas pengalaman di atas ferri di Sungai Baram


Kami ke sana sempat berjumpa dan menziarahi seorang kawan Cikgu Azidin di Kuala Beliat, kami tidur semalam di rumahnya dan beliau membawa kami terus ke Bandar Seri Bagawwan. Sebagai seorang guru biasa tetapi kehidupan sangat mewah empat orang sekeluarga semua mempunyai kereta mewah sendiri.



tengoklah kemewahan rumahnya




Di Bandar Brunei kami jumpa lagi seorang lagi kawan Cikgu Azidin dan juga menginap di rumahnya selamqa dua malam. Kami tak mampu tidur di hottel terlalu mahal dan orang orang Brunei gembira  kedatangan orang Melayu semenanjung. Jadi ini  kami cuma melawat beberapa tempat menarik dengan kereta mereka dan mereka berlapang hati melayan kunjungan kami.

sebuah hotel yang mewah sebilik lebih kurang 100 wang singapura. orang Brunei menggunakan wang singapura bukan nringgit malaysia, hanrga ksecawan kopi sama dengan malaysia tetapi guna wang singapura iaitu ssdolar wangan singa pura kalau diduit kita dekat rm2.50, tetapi oarang Brunei pemurah kami minun di meja lain ada pula orang membayar untuk kami bila mereka mengatahui kami orang malaysia.



Kami juga dapat melawat persekitaran bandar mula mula sekali menaiki sebuah bangunan Syarikat Kerjasama Guru Guru Melayu Brunei setinggi lapan tingkat.  Gambar gambar di bawah pemandangan Kampung Air yang termasyur di sana

    sebuah masjid di Kampung Air

    pemandangan Kampung Air dari bangunan tinggi



    pemandangan di sekitar Kampung Air, kami naik sampan laju sekitar kampung



juga dapat kesempatan melawat masjid Hassanul Bolkiah dan sekitarnya











kesempatan ini kami dapat berjuma AJK Syqarikat Kerjasama Guru Guru Melay Brunei, mereka memberi penerangan perjalan syarikat dan sempat selawat sebuah sekolah, kebanyakan guru di sana orang luar sama ada dari Singapura atau Malaysia dengan gaji mewah sama angka di Malaysia tetapi nilai wang singapura dua setengah kali dan lain lain bonas. Sayangnya bahasa pengantar Bahasa Inggeris diutamakan dan bahasa melayu juga bahasa pengantar di luarbandar

    Bersama AJK Syarikat Kerjasama Guru Guru Melayu Brunei

    Sebuah kelas yang sempat kami lawat dengan kelengkapan teknologi terkini


                                         AJK Syarikat

                                         Ganbar kengan di bangunan syarikat